Pages

klik² di sini untuk menangi banyak hadiah ~~

Total Pageviews

## STICKY POST ##

##   STICKY POST  ##
Jalapeno Cheese Powder ( RM15.00 PER 200GRAM)

JALAPENO CHEESE POWDER

SAYA TURUT MEMBUAT PENGHANTARAN MELALUI KURIER ATAUPUN DOMESTIC POS,



URUSNIAGA SECARA TUNAI SAHAJA

.PEMBELIAN ADALAH MUKTAMAD.

WANG TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN JIKA PEMBELIAN DIBATALKAN OLEH PIHAK PEMBELI.



CAJ KURIER : RM6.00 UNTUK SEMENANJUNG MALAYSIA





TERIMA KASIH.

Saturday, June 26, 2010

snap picca.. ilang kan buhsan( betul ka?? hahaaha)

bila buhsan dah melanda di jiwa ku..
tiada yang lain .. hanya picca la pengubat nya... lagi pun..
owang lain kalau buhsan.. diaorang akan makan JAJAN...sembang² tak pun tdo...
tapi daku ada jugak gituw cuma 1st skali aku ilang kan buhsan....BERPHOTO².. hahahahaa
daku punya kelik semua sporting...cakap je nak boria kan tudung esok lusa tulat tungging semua tiada bantahan ya arif.. foolow je... apa lagi.................
dah boria ... snap la picca gedik2 ... hehehehe
 kebetulan semalam keja tak berapa ada...(kalau bos baca blog ni.. mampus aku.. hahaha.. keja ada tapi lebey pada mengulor.. hahaha)
hape lagik ......masa lapang di isi dengan jayanya.......... hehehehe

jum terkam.. SHOW picca gediks dah nak mula... sila sedia kan besen atau baldi ye.. agak tak cukup.. amek kawah terus tuk membuang sisa muntahan... ekkikikiki


1st sekali musti  la pic tuan rumah kan...
hehehehe.. muka ada sedikit ketembaman disitu.. keja manyak hepi ka... aiyooo... no komen laah
huiyooooooo... tinggi tak kelik aku ni??
aku pakai pi la kasut tinggi18 inci pun.. sahih tak leh lawan ketinggian dia punya.. sob sob sob...dulu masa kecik.. asyik panjat jatuh panjat jatuh ja.. sebab tu daku sentot kot.. hahaha
kelik jugak.. veri da sporting... kira gelak je dia ni....
tiap² ari aku duk dating ngan dia ni.. makan semeja kerusi 2 lah ye.. kang 1 kerusi lak.. depa kata kami lesbian lak..huhuhu... tapi masing² menu laa kan... kekadang .. ada gak sistem cilok milok ni...
lu cilok makanan gua.. gua cilok makanan lu..hahaha
ala u ollss.. cam tak besa.... hehehehe
yang ni daku pun tak tau nak terjemah kan sebagai apa...
tapi yang paling tepat skali.. di mana ada camera.. di situ ada sesi photogediks..aauuuwwwww

kenkawan... nak tngok train tak?? tapi bukan train besi @ aliminium ke apa ke.. ni TRAIN MAKNUSIAAA... suspen suspen suspen.....


betoi tak ?? ada macam train di situ.. hehehehe.. bikin propa la amoi ni.. ehehehehehe
nampak tak kami boria di situ??
boria anak tanjung katakan..ntah² silap ari bulan ..
BORIA ANAK TANJUNG RAMBUTAN...haaaaaaaa!!!!!!!!! makkk.... taknakkkk!!!

hahhhhh !!!!!!!!!!
awat plak dah amoi ni.... tongkat dagu plak aihh.. tu time kijo tu.. kalau bos nampak.. hangpa rasa naik gaji tak amoi tu.. hahahahaa.... kalau bos tanya.. sebab apa jadi lagu tu.. ???
ni jawapan si amoi....
BOS... SAYA TENGAH PIKIR NI.. MACAM MANA NAK BG SYARIKAT KITA NI MEMBANGUN... CEMERLANG..GEMILANG TERBILANG...hahahaha
hagak² angpa....bos kasi naik gaji tak?? ke dia suwuh aku bilang ari....
U FIRED.........ohhh ohhh dan ohh.. ku tak rela nyahhh.. hahahaha

chaaaakkkkkkkk !!!!
ok kenkawan..
tutup dah sesi berphotogediks ya....
dah nak tutup kedai dah niii... nanti kalau ada sesi berpoto gediks lagi,,,, cam besa le,,,,, layannnnnnnnnnnnnn
hehehehe....
akhirkata... maju lah sukan tuk negara( ape ke heee la hayat tu ye..)
assalamualaikum....

Wednesday, June 9, 2010

sedey........ berjurai air mata ku....



Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.



Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.



Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.



Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.



Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.



Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.



Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.



Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.



Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.



"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.



Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"



Assalamualaikum.






Abang,






Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.






Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.






Wassalam.


Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.


Doakan Nisa.



Ikhlas dari



Nur Nisa



Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.



Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.



Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Thursday, June 3, 2010

testing testing testing....

gigeh nya aku ...
hahahaha.. daku baru tau... cara² nak beso kan picca..
pueh ati dok tgok  picca beso besan....kikikiki

Wednesday, June 2, 2010

award !!!!!!!!! yeahhhh..........eheem ehemm

dah lama daku tak hapdet blog.. selalu duk skodeng blog²  owang je...
masa tak berapa ada tuk ituw... balik umah.. down terus.. letih.... tapi still leh kuar malam lagi.. hehehee...
panas muntot kekdah nya... ekikikiki...

kenkawan... sila terkam award aku yer sambil pilin artis tau....ngeehh ngeehh ngehhh

1-Copy award nie kat blog korang.....


cumel tak award daku?? cumel kan......

2-Buat ucapan korang kepada pemberi award dan perasaan korang

~~~thanks my lapli sis ... yak ituw.. akak intan sebab selalu ingat akan blog keabadianchintaku ini... sob sob sob.. sebak sebab terlampau gumbira....~~~

3-Jawab soalan-soalan tag ni:

Ape yang bermain di fikiran anda sekarang?

~~~duk pikiaq .. tawun ni nak wat baju raya paten apa polak..huhu.. fenin la daku... ~~~


Apakah nama samaran korang?

banyak : zaman sekolah. depa pangey cheq.. TELOQ.. sebab muka cam teloq...
famili pangey : angah...
zaman remaja. dolu².. nama AMIEY...AMOI...
zaman sekarang.. IERA

Berikan 3 orang yang anda sayang

1st :  my all famili
2nd:kenkawan
3nd: kenkawan dalam blog.fb..fs.. tagged

Panggilan untuk si dia

abg & abah

Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa



dah lama ku impi kan ni... insyaallah... somi ku kata...






Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda:

1) kiendaz.. akak yang cumel
2) ana suzana.. ada 3owang anak yang kiut miut
3) ibuarifa..ibu yang penyabar
4) mummyar..mumy yang gojesss
5) mommy lily..mommy yang sweet
6) yanie budak gebus ....budak yang gebus gebas
7) naz... tentang dia..cekgu sekolah ni
8) dilla ..duhai cintaku.. sedap kapkek dilla
9) dira... my world..my life...my story.. aada anak yg ensem
10) ina.. egg-citement alisya..
11) ummi farish....berakhirnya 4 tahun penantian kami
12) ain..mama ain n farish
13) ibu hadif... alway b3 my baby
14) ieja... keceriaan mu kebahagiaan ku
15) akak ratna...yang ada 2 anak yg cumell


done....piuhhhhhhhhhhhh... time u ollsss la pulak ye.. dapat award sambil jawab tag.. chaiyokk kenkawan...



Friday, May 7, 2010

buang tebiat !!!!!!!!!!!

tetiba lak aku terasa tingin nak makan nasi daging + air asam + telor dadar

peh tu tingin la pulak nak minom air laici buah...

huhuhuhu...

punya la tingin sampai aku pi tgok kat pak google...

huhu.. kat mana la aku nak cari nasi daging ni.....

huhu... sementara nak tunggu hubby datang pikap wiffy dia balik qoje..

aku nak layan dulu  makanan yang bleh buat aku tak tentu arah... huhuhuhu

nasi daging... nyum nyummmmmm..nyummmm


air asam.. kalau makan nasi daging tanpa air asam mmg tak best.. air asam ni besfren nasi daging.. adehh.. terliur dah nii


kenal tak ni apa??  hahhhh... betol3x.. TELOR DADAR.. adehhh sedap nyaaa..... perut aku dah bukak musik tamil dah ni.. huhu

last but no least........ minuman kena ada kan. kang tercekik ... sapa yang susah.... doctor gak kan.. huhu



air laici buah.. peberet air ni.. huhuhu.. huhuhu

lapoooooooooooooooooooooooo !!!!!!

Friday, April 30, 2010

majuk dengan dia....

DIA... siapakah dia??
dia ....................... NUR MARSYA HANI BT MAZUAN....

tetiba sekarang ni rasa teramat rindu pada marsya....
huhuhu..... semalam rasa bersalah pada marsya... dia majuk sebab daku tak nak kasi apa yang dia mintak...
habis semua barang dia lempaq..siap bentak² badan di lantai...
marsya mintak AIS BATU....
aku tak nak kasi dah... ramai yang kata...nanti gigi akan cepat reput..
bila ku tak kasi... terus dia amok n bentak²..
aduh.... ingat kan sekejap je dia amok.. upenye sampai ke dalam car.. punya nak wat perangai..
nak marah.. mmg tak makan saman budak tuw.. terus aku ignore kan....
kang nasihat berjela.. buat letih mulut je...

dah sampai umah.. marsya dah pun tido....
daku rasa sedikit bersalah le... sebab tak pujuk dia....
hemm tapi ku tetap tium dahi n pipi seperti biasa.....

marsya bangun awal pagi tadi... siap kejut daku lagi..
mama mama mama..... dia panggil.. aku wat majuk gak la kat dia.. sebab semalam dia wat prangai kan...
peh tu .. terus dia panggey MAMAK kat aku..
hahahahaha.. aku terus gelak.. tak jadi majuk... hehehehe..
kami sama² ketawa.. so.. siap salam bagai... kata KITA KAWAN BALIK..
hehehe... marsya siap cium tangan lagi.. hehehe... best nya dunia....

sekarang ni dah pun mula rindu dekat marsya...............
daku tepon MIL.... MIL  cakap.. dia tido...
tadi main sampai tertido......


rindunya....

 dah beso dah anak daraku ini



budak yang terlebey garang..auummm



budak yang suka amok.... ais batu peberet dia...

Thursday, April 29, 2010

bufday girl yang dah lapok...

haiyak....
ni entry sula lama wa mau bikin woo tapi dialas(diatas) kemalasan berlaku di jiwa wa.. wa ignore kan lia(dia).........
lagi satu hoo.... gambar talak ada woo..susah wa mau celita wooo...
sikalang wa sulah ala gambar hoo.. buleh wa celita.... hehehehe

seyes la cik iera... ni entry melayu banyak baca woo.. nanti mereka talak paham pulak.. lu yang susah woo.. hehehe

eeheemm ehemm..(batok owang kayooo sikit yewww)
nak mula dah ni bebelan aku ni.. arap u ollsss... baca dengan penuh prihatin....

tanggal 19 april 2010 lepas .. genap la usia tua ku yak itu.. 25 tawunn( huhu dah makin meninggkat umo ku lah.. tapi dah ada anak kira ok le kan.. hehehe)
sedo tak sedo.. pengsan tak pengsan.. pitam tak pitam... rasa sungguh cepat masa berlalu .... makin lama idup makin banyak benda atau ilmu di pelajari...
dari single mingle dah jadi bini owang.. bila dah jadi bini owang.. dah termengandung anak owang(aikk.. betoi ka hayat aku).. dan bila dah mengandung tu tak kan tak banak² kan.. gajah mengandung pun 2 tahun.. lepas tu dia banak jugak kan... ( aku tak tau la ayat aku tu fakta atau auta sebab mak aku selalu guna ayat tu).. ok berbalik pada termengandung.... bila dah mengandung peh tu buekkkkk.. kuar soqa pun bunyik uwekk uwekkk... maka  lahir lah seorang puteri yang bernama NUR MARSYA HANI.... tapi kali ni entry yang aku  create bukan entry marsya  ex... ( marsya.. mama letak marsya kat tepi sat naaa.. entry ni khas tuk mama vogeu da bass) hahaha........

my besdayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy......

tak dak apa yang  aku nak stowi sangat pun.. just nak abadi kan kenangan  kelik² ku wat parrty besday tuk ku.... 
mmg rasa terharu apabila kita di kejut kan dengan SEBUJUR KEK .. kek coklat..peberet aku tuw...
rasa terharu.... terharu yang amat sangat.... hingga tak terkata... tapi duk pot pet pot pet lagi.. hehehe......
ku lihat kesemua kelik gumbira memamah dengan rakus nya kek ituw... siok siok siok....

for my kelik²... i hope... kita leh fren sampaii ujung usia...
thanks sebab anjur kan party walaupun kecil-kecilan tetapi besar dengan makna nyaaa.......

funtuk u ollss... yang tak dapat makan kek atau tak de bersama ku ini...
ku hiasi thread ni dengan aksi poto gedik yang dah di cut-cost kan ..
kang banyak takut loya tekak ampa semua kan..
baik aku  fit² kan gambo ituw... tak la busuk entry ni bau muntahan manusia...
hehehehe...

JUM TERKAM...............


nampak tak  warna putih tu?? sedap woo..white coklat.. I LIKE nyahhhh


besday girl yang dah lapokkk...


wish..... sihat tubuh badan... dan berjaya mengahrungi segala badai melanda.... menjadi istri yang solehah.. mama yang memahami ..
menjaga family dengan sebaik mungkin...aminnn

my bos n my kelik


that all.............. 

ku akan ingat ari tu sampai ke ujung nyawa.... insyaallahh.....

BILA si lelaki miang ubi keladi..


Agak².. u ollssss nampak tak ISI TERSIRAT di sebalik gambar ni???
kalau tak nampak jugak......
meh aku kasi bagi nampak... layan je haaa.....



Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.



Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah


Isteri : Kenapa pula?


Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"


isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"


Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?


Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural


Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang


Suami : Macam mana pula boleh sama?


Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?
Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

MOTIP AKU GIGIH???
 
saja nak share lawak jenaka aka ganas ngan korang semua... kuikuikui

Wednesday, April 28, 2010

tips kebahagiaan umah tangga....umah tak de tangga pun buleh.....hehehehe

dah kecut usus kecil aku .. duk terbahak² gelak...
korang layan la pulak ye... hehehe



Why men will always look for a reason to have more than one woman






1. A man needed a girlfriend and not a wife. Dia tak suka bila balik umah jer,


bini citer pasal bil TNB tak bayar lagi, citer pasal tuan sewa rumah datang


mintak duit. Dia menyampah biler hari hari kena dengar citer Mak kat kampung


(mak bini ler) talipon suruh pi ziarah anak pak ngah kat UiTM. Guna akal puan2,


bagi dia kenyang perut, malam tu pulak bagi se das dua, masa dia dok hisap rokok


atas katil tu, kiss dahi dia baru ler mintak duit ker apa ker.. Yang si Laki tu


pulak, jangan ler lepas menggigil keenakkan tu terus pejam mata membuta..kentut


pulak tu..buruk.



2. Orang Jantan ni memang gatal dan miang.. Jangan larang dia tapi jangan pi


suruh dia raba bontot amoi kat Giant pulak..ish.. Kalau mamat tu jeling pun dah


kena belasah, fed up dia. Cubit manja cukup. Pastu, balik umah piat manja


telinga dia pulak, " Abang gatal ekkk.. mai sini nak tengok gatal setara


mana.." hehehe..pastu kau orang pikir sendiri ler apa nak buat.. tak payah


ajar dah. Tapi orang jantan pun jangan pulak jegil bijik mata kat amoi sampai


berair mulut.. Memang patut ler kalau bini belasah ngan kulit durian.



3. Cik Abang awak tu nak makan lauk yang awak masak.... kalau hari hari ta pau


kat kedai Wichuda.. alamat bermadu ler awak. Pi ler beli buku masak Chef Wan


tu.. satu investment yang memang patut. Kari tu biar ler rasa kari, ini idak,


buat sup ayam tapi rasa cam hirup air panas bergaram. Buat ler macam tu, kena


ada Mak Janda jambu bagi dia pekena gulai ketam ker apa ker, hmmm... makan hati


ler awak nanti.



4. Kalau ada buah buahan kat umah tu, kupas ler bagi dia makan.. Rambutan pun


kupas depan dia.. sambil pipi atas paha dia depan TV.. Tapi tak leh caya gak


orang tuer tu.. sambil sengeh makan rambutan pun dia dok khayal kat amoi gak


tu.. tapi tak kisah ler.. janji dia ada kat umah ngan awak... Ajak ler orang


tua tu main congkak ker apa ker kat umah..hehehe..



5. Jangan ler di bebel sangat kat mamat tu kalau dia buat salah sikit sikit.


Orang jantan ni pantang kalau diungkit kisah kisah lama... Tarik ler muker


masam kejap.. 20 minit cukup. Tak payah dok moncong dari KL sampai Melaka.


Pastu awak gertak jer.. cakap " kalau u boleh buat, I pun nak buat lah


" Alah.. dia cakap jer tak takut tapi kat luar jer tunjuk macho.. kat


dalam dia cuak gak...



6. Tok sah dok rengek rengek mintak itu mintak ini. Girlfriend tak buat cam


tu.. GF selalu cakap "asal dinda dapat bersama kekanda...itu saja yang


dinda pinta". Lagi rengek lagi ler dia tak belikan.. lagi ler dia murah


hati kat officer comel kat ofis.



7. Sex ? memang penting kak oi..jangan dok amik ringan. Awak yang mulakan dulu.


Jangan tunggu dia mintak. 3 kali seminggu minimum. kalau period guna akal cari


cara lain (jgn sua kot belakang pulak..ish haru biru pulak nanti). Kalau muak


atas katil, bawah katil pulak hehe, muak dalam bilik, bagi orang gaji cuti,


buat kerja atas sink..hehehhehehe.., kalau muak dalam rumah, ajak pi ronda


dalam kereta, berenti kat taman bunga ker apa ker.. Pi chow kit sengsorang,


beli ler maajun ker jamu ker bender ker, so that ketat sentiasa... gelak ler


gelak. tak main main ni.



8. Bersolek..bersolek .. bersolek.. bau tu kasi harum sikit. Kalau tak cukup


duit nak beli perfume mahal, kat petaling street ada yang ciplak. RM 10 jer.


Tapi jgn ler sembur sejam sekali, mau pengsan orang tuer tu. Bulu ketiak cukur,


biar ler gatal ketiak tu, asal laki tak pi gatal kat luar. Bulu itu pun trim ler


sikit tapi jgan pi kaler blonde lak, kena heart attack lak cik abang awak.




9. Amboi seronok kau orang jantan baca ni erk.. kau orang tu pun sama gak.


Exercise sikit. Ada hati nak tackle amoi tapi semput.. perut tu jaga. Balik


umah jgn ler dok berkubang ngan kain pelikat depan TV, bini2 kau orang tengok


pun menyampah. Kalau bini dah wangi, kau orang pun sama ler ikut.. bagi ler


bini selera sikit nak seduce korang. Ketiak macam ketiak monyet pastu dok harap


bini cium...eee..


cane semua??? ada tak tersengih² sowang depan pc..
hahahaha...
aku ada gak la tersengeh²..
mau aku print je stament ni.. bg hubby baca... sure dia pun sengeh² macam kerang wangi... hehehehe

aku pen`GASTRIK tegar.......

sejak 2menjak 3menjak ni..
aku selalu sangat alami penyakit gastrik... sakit tu hanya tuhan je tau......
yaaa... gastrik... macam nak tercabut urat perut .................
perut ku sekarang cukup sensitif.. lambat makan atau sikap makan... passti aku akan di ATTACK..
tapi aku cuba tak makan ubat.. tapi nyata nya....... ketahanan badan ku semakin lemah.. kena makan ubat jugak..
semalam ....gastrik datang lagi... kali ni mmg VERY²..... ubat tu perlu amik 1 biji tuk di telan.. tapi aku hentam 2bijik..
nak cepat lega.... aku tak kisah kalau aku overdos ke apa ke.. janji cepat lega...........
tapi aku penin sekarang ni....

macam mana aku nak diet.. huhuuhuhu...
doc saran kan .. jangan diet atau makan pil² kurus ni..
benda alah semua tu akan menambah lagi kesakitan....
huhuuh.. aku serba salah... nak diet takut kena serang gastrik..
tak diet.. badan dah bambam dah...
bila timbang... jarum penimbang dah mencanak²....
sob.. sob.. sob....

Friday, April 23, 2010

kelambatan ~~~

halu.. besday girl dah belalu..
penang trip pun dah belalu tapi  tak de pun nak updet dalam blog..
adoyai cik iera.. adehh laa.. bz sungguh nooo sampai pic dah berzaman..
tak berkumandang jugak dalam blog..

ini bukan kesah besday aku.. ni kisah besday YAZAR YAZID..
aku tumpang sekaki.. dah lahir pada bulan yang sama.. ARIES.. tau tak bulan baper tu....??
ya betulll... bulan april fool yaw.... berapa aribulan exx aku pi penang ex.. bukan lupe tapi tak ingat dowh....
aku n family pi kiranya saja nak makan angin luar kan.. OVERSEA .. pulau pinang...jee..
jadi le.. budget ada sampai ke situ je.. nak pi beijing lambat gi kut.. hehehe

apa yang aku meraban ni haaa.. hemmm... tgh malam ... cam tu lee.. idea dah kering..merapu je yang lebey..
jd tak nak merapu lebey,... aku on kan je pic ni ..  sila terkam yaaa....

ops.. sebelum layan tu ..iklan sebentar ye.. nak citer sedikit detail lah ye...
ari yang kami tu ada 4 keluarga.. so lepak kat taman bunga tapi bunga nya tak de pun... yang ada MAT BUNGA NGAN MINAH BUNGA.. duk deting je aku tgok.. hemmm.... tak de keja le tu ....
kami lepak kat bawah pohon cemara.. sib baik ada pohon kalau tak... hemmm sunburn la aku .... tima kasi  ye pohon cemara.... ada 2 kek.. 1 tuk aku  yang beday next week.. 1 laghi kek tuk iza yang dah expired besday nya.. hahaha... tapi date yang kami set tu  best.... ngam2..  tak de gado apa2.. gtau je terus on.. iza oo iza.. kali ni .. ang trun kedah lak ye.... hehehe.....

ku papar kan dulu wajah2 kek sebelum ampa semua muntah darah tgok pic poto gediks....

<--- tgok usia aku dalam kek ni.. ..
hah !!! dah nampak ke?? 31 tahun??
nah haiiihhhh.. tua dah aku kan...
teeeetttt !!!!! umo dalam kek ni tak de kena mengena ngn idop n mati ye... kunon nak buat april fool lah... hahaha...
  
..
yang di atas ni mmg sesuai tu makcik iza.. hahahaha
ang dah 40 tahun ye makcik.. tp kira ok le.. aku puji ang... ang nampak mudes wehh
tapi aku mudes lagi.. hehehe... kunun nak kena kan aku ye.. aku lagi terer
tak hagak2.. hambek.. 40 tahun ku kasi award kat ang..hahahaha...


yang klakar nya.. masa kami bukak kotak kek tu.. semua muka cuak... hahaha... ye le... tetiba ja jadi tua... masing2 terkena.. kira ok leh tu..kita tak leh le seyes memanjang kan... kena la HEPI TAK DAK LAKI.. ehhh silaaappp weh... laki aku baca blog ni.. naya je kena punggai.... haha.... maksud ku .. hepi go bini lahhh

trip ke penang kali ni best.. semua ahli2 mesyuarat jendela semua kapla weng weng... tapi somi kami semua tak weng weng macam kami sebab banyak jaga anak ... kami lak.... jaga pewut n mulut...pot pet pot pet.. makan makan makan.... lepas tu wat aksi poto gediks....

oitt... kena la potogediokss.. kenangan tu wehhh.....jum terkam...

mama vogue da bass tgh suap mekbam mamam.. peh mekbam mamam pagi.. turn mama nya plak.. hahaha....

<---- vogue mama on the taman bonga..... kasi pose yang cun melecun.....

sampai sekawang aku muskil... sapa ngasuh sapa.. huhuhu


hokey... now to turn wajib tayang somi n anak yg sangat cumel...mr.abah sangat sporting di kala itu..sanggup membiar kan mama berjimbaan denga kawan2 mama.. so sweet la  abah... lain kali nak buat lagi leh tak.. mak berpoya2... abah jd mr.mama... hehehe....

hehehee... abah yang kepenatan +  kepanasan......

                                    step yg baru di perolehi



yang best nye time balik ke kedah.. kami tak naik jambatan dah.. tingin nak nek feri.... siok nya.... dah lama rasanya tak naik feri.. hampir 10 tahun ku rasa....




last but no least..... tetiba nak rasa jiwa titanic... hahahahaha

 

tapi aku terpaku sejenak melihat 1 bende alah ni
ku tingin bangat nak naik STAR CRUISE.. mintak2 hajat aku akan tercapai... aminnnnn
Related Posts with Thumbnails